Powered By Blogger

Sabtu, 28 April 2012

-cinta...

Cinta tidak pernah meminta, ia
sentiasa memberi, cinta
membawa penderitaan, tetapi
tidak pernah berdendam, tak
pernah membalas dendam. Di
mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian
membawa kepada kemusnahan.~
Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga
untuk mendengar dan dua mata
untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena
Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada
seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya
Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di
sebuah sungai. Satu titis air
mata tu menyapa air mata yg
satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai
seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu
pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu
sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu
masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia
untukmu. Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih
mau mencoba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih
merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih
tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari
mata, sedangkan rasa suka
dimulai dari telinga. Jadi jika
kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan
menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari
orang yang kamu cintai, cinta itu
berubah menjadi titisan air mata
dan terus tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka
yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu
terpaksa catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu
itu sekarang selagi ada
hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan
orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi
menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan
semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit
menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara
menjadi telaga, derita menjadi
nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam
hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu. Hanya untuk
menemukan bahawa pada
akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya
pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat
merindukan seseorang, ketika
kamu memikirkannya hatimu
hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar
kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan
hati tersebut. Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan
disisinya dan hanya 1 bahagian
diturunkan ke dunia. Dengan
kasih sayang yang satu bahagian
itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana
takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak
menghargai orang yang
mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan
karena perginya tanpa berpatah lagi. Jangan mencintai seseorang
seperti bunga, kerana bunga
mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai,
kerana sungai mengalir
selamanya. Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi
pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah
membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya. Cinta itu adalah perasaan yang
mesti ada pada tiap-tiap diri
manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan
suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang
tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah
serong dan lain-lain perkara
yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana
akan tumbuh kesuciaan hati,
keikhlasan, setia budi pekerti
yang tinggi dan lain-lain perangai
yang terpuji.~ Hamka Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di
hati mampu melumatkan seluruh
jiwa raga, manakala kata-kata
cinta yang lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila
kamu akan jatuh cinta. namun
apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia
pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke
mulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan
suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya
tidak berombak. Bukan cinta
namanya jika perasaan tidak
pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak
pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk
dicintai juga memang mudah. Tapi
untuk dicintai oleh orang yang
kita cintai itulah yang sukar
diperoleh. Satu-satunya cara agar kita
memperolehi kasih sayang, ialah
jangan menuntut agar kita
dicintai, tetapi mulailah memberi
kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar